Jenis-jenis Air

1. Air terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

a) Air Mutlaq:

( Air  yang suci lagi menyucikan )



 air mutlaq ialah air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang. Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut.
Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya, seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air. Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan".
Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

b) Air Musta'amal:

( Air yang suci tetapi tidak menyucikan )
air yang didalam bulatan adalah air musta'mal

Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil ( berwuduk ) ataupun hadas besar ( mandi wajib ).

Dalam erti kata lain, air musta'mal ialah air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib. Sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah , maka air itu dikira musta'mal dan tidak boleh dibuat untuk bersuci. Air itu hanya boleh dibuat untuk minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis. 
 sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah , maka ia dianggap sebagai air musta'mal.



c) Air Musyammas

( Air yang suci lagi menyucikan tetapi MAKRUH digunakan )


Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya.

Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)


d) Air Mutanajis:

( Air yang tidak suci dan tidak menyucikan yang lain )



Air Mutanajis ialah air yang kurang daripada dua qullah yang terdapat najis di dalamnya sama ada air itu berubah ataupun tidak, ianya dikenali sebagai mutanajis. sekiranya air melebihi daripada dua qullah dan dimasuki najis lalu merubah air itu dari segi rasa, bau atau warnanya, maka air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan.

e) Air Mutaghayyir:

( Air suci tetapi tidak menyucikan )


Air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, dan bau kerana telah bercampur dengan sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, dakwat dan sebagainya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung kerana lumpur dan tanah, maka air itu masih lagi dianggap suci lagi menyucikan.



No comments:

Post a Comment