Taharah / Bersuci



BERSUCI ASAS KEBERSIHAN


Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.


 Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri samaada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat ia mengerjakannya ibadat dan sebagainya, maka solatnya dikira tidak sah. Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka solatnya dikira tidak sah. Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah.


 Sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis Nabi SAW bersabda: 


Maksudnya: " Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya beerti dia mendirikan agama, dan sesiap yang meninggalkannya, beerti dia meruntuhkan agama."



APAKAH ITU BERSUCI ?


Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan diri daripada segala kekotoran dan najis. Manakala menurut istilah pula ialah menghilangkan hadas dan najis pada diri, tempat dan pakaian dengan cara berwudhu`, mandi wajib atau bertayammum.

Kepentingan bersuci telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah ayat 222.


" sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang yang bertaubat dan orang yang bersuci ". 


ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI: 
  • Air mutlak
  • Tanah
  • Benda-benda kesat yang suci seperti kertas, daun dan batu. 

 Hikmah Islam menyuruh umatnya bersuci supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT kerana bebas dari najis dan hadas. selain itu juga, melalui bersuci dapat menjadikan diri dan badan sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan jauh daripada penyakit.



No comments:

Post a Comment