AHLAN WASAHLAN

/ 6:54 AM

Selamat datang ke blog ini buat semua pembaca khususnya kepada para pelajar yang dikasihi sekalian. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T.


Blog ini berkaitan Syariah tingkatan 1. Antara bab yang terdapat di dalam blog ini adalah berkenaan Fiqh al-Ibadat merangkumi tajuk bersuci, jenis-jenis air dan jenis-jenis najis.


Blog ini  turut menyediakan video yang berkaitan untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca dan pelajar.



Turut disediakan latihan pengukuhan kepada pelajar supaya dapat menilai tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu bab.



Para pembaca dan pelajar boleh mengklik item tajuk, latihan dan video yang terdapat diatas. Diharapkan para pembaca dan pelajar mendapat manfaat daripada blog ini serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.



Selamat belajar dan melayari blog ini.....




          



            

Selamat datang ke blog ini buat semua pembaca khususnya kepada para pelajar yang dikasihi sekalian. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T.


Blog ini berkaitan Syariah tingkatan 1. Antara bab yang terdapat di dalam blog ini adalah berkenaan Fiqh al-Ibadat merangkumi tajuk bersuci, jenis-jenis air dan jenis-jenis najis.


Blog ini  turut menyediakan video yang berkaitan untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca dan pelajar.



Turut disediakan latihan pengukuhan kepada pelajar supaya dapat menilai tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu bab.



Para pembaca dan pelajar boleh mengklik item tajuk, latihan dan video yang terdapat diatas. Diharapkan para pembaca dan pelajar mendapat manfaat daripada blog ini serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.



Selamat belajar dan melayari blog ini.....




          



            
Continue Reading






TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK LATIHAN 











1. Air terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

a) Air Mutlaq:

( Air  yang suci lagi menyucikan )



 air mutlaq ialah air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang. Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut.
Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya, seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air. Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan".
Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

b) Air Musta'amal:

( Air yang suci tetapi tidak menyucikan )
air yang didalam bulatan adalah air musta'mal

Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil ( berwuduk ) ataupun hadas besar ( mandi wajib ).

Dalam erti kata lain, air musta'mal ialah air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib. Sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah , maka air itu dikira musta'mal dan tidak boleh dibuat untuk bersuci. Air itu hanya boleh dibuat untuk minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis. 
 sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah , maka ia dianggap sebagai air musta'mal.



c) Air Musyammas

( Air yang suci lagi menyucikan tetapi MAKRUH digunakan )


Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya.

Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)


d) Air Mutanajis:

( Air yang tidak suci dan tidak menyucikan yang lain )



Air Mutanajis ialah air yang kurang daripada dua qullah yang terdapat najis di dalamnya sama ada air itu berubah ataupun tidak, ianya dikenali sebagai mutanajis. sekiranya air melebihi daripada dua qullah dan dimasuki najis lalu merubah air itu dari segi rasa, bau atau warnanya, maka air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan.

e) Air Mutaghayyir:

( Air suci tetapi tidak menyucikan )


Air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, dan bau kerana telah bercampur dengan sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, dakwat dan sebagainya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung kerana lumpur dan tanah, maka air itu masih lagi dianggap suci lagi menyucikan.



Jenis-jenis Air

by on 8:40 PM
1. Air terbahagi kepada empat bahagian iaitu: a) Air Mutlaq: ( Air  yang suci lagi menyucikan )   air mutlaq ialah a...


BERSUCI ASAS KEBERSIHAN


Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.


 Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri samaada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat ia mengerjakannya ibadat dan sebagainya, maka solatnya dikira tidak sah. Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka solatnya dikira tidak sah. Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah.


 Sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis Nabi SAW bersabda: 


Maksudnya: " Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya beerti dia mendirikan agama, dan sesiap yang meninggalkannya, beerti dia meruntuhkan agama."



APAKAH ITU BERSUCI ?


Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan diri daripada segala kekotoran dan najis. Manakala menurut istilah pula ialah menghilangkan hadas dan najis pada diri, tempat dan pakaian dengan cara berwudhu`, mandi wajib atau bertayammum.

Kepentingan bersuci telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah ayat 222.


" sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang yang bertaubat dan orang yang bersuci ". 


ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI: 
  • Air mutlak
  • Tanah
  • Benda-benda kesat yang suci seperti kertas, daun dan batu. 

 Hikmah Islam menyuruh umatnya bersuci supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT kerana bebas dari najis dan hadas. selain itu juga, melalui bersuci dapat menjadikan diri dan badan sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan jauh daripada penyakit.



Taharah / Bersuci

by on 8:38 PM
BERSUCI ASAS KEBERSIHAN Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim kerana ia ...


A-TANDAKAN  (P) PADA JAWAPAN YANG BETUL DAN TANDAKAN (û) PADA JAWAPAN YANG SALAH.


1. Najis merupakan segala kekotoran yang menghalang daripada sahnya ibadat seperti  sembahyang. Najis terbahagi kepada tiga iaitu Najis Mughallazah, Najis Mutawassitah dan Najis Mukhalifah.   (           )

2. Bahagian-bahagian khinzir dan anjing sama ada dagingnya, air liurnya, bulunya, lemaknya, tulangnya, peluhnya, kotorannya dan lain-lain mengenainya adalah terdiri daripada najis Mutawassitah.  (         )

3. Pengertian bersuci adalah membersihkan diri dari kekotoran. Dari segi syarak pula ianya bermaksud menghilangkan atau mengangkat segala perkara yang menghalang daripada sahnya sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain sama ada hadas atau najis. (          )

4.Najis Mukhaffafah ialah  air kencing bayi lelaki yang belum berusia dua tahun dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata. (          )

5. Air mutlak ialah air yang dapat digunakan untuk menyucikan diri daripada najis.   (          )

6. Sekiranya ketiadaan air, kita boleh juga menggunakan bahan lain untuk mensucikan diri daripada najis. Contoh bahan yang boleh menggantikan air mutlak ialah besi.(           )

7. Ali menggunakan air sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya adalah air yang bercampur dengan tanah bagi membasuh bajunya yang terkena anjing. (           )

8.Cara untuk menyucikannya najis mutawassitah adalah dengan menghilangkan najis itu terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dibasuh tempat yang kena najis itu dengan air sehingga hilang bau, rasa dan warna najis tersebut.   (            )

9. Cara untuk menghilangkan najis Mukhaffafah adalah dengan mengesat najis itu dahulu kemudian basuh dengan menggunakan sabun basuh sebelum dijirus air.    (          )

10. Kita haruslah menjaga kebersihan kerana menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman.   (            )


B- ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG BETUL.

1. Pengertian bersuci ialah membersihkan diri daripada segala _____________________.

2.Najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu najis _______________, najis ______________, dan najis __________________. 

3. Anjing dan khinzir serta segala keturunannya dianggap sebagai najis _________________.

4. Cara untuk mensucikan diri daripada najis Mughallazah adalah dengan membasuh tempat yang terkena najis dengan air sebanyak 7 kali dan satu daripadanya adalah air yang bercampur dengan __________________. 

5.Cara untuk menghilangkan najis Mutawassitah adalah dengan membasuh tempat yang terkena najis dengan air sehingga hilang _____________, ___________, dan ___________.

6.Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan. Antara kategori air mutlak ialah ________________, ________________, dan __________________.

7.selain menggunakan air mutlak, terdapat bahan lain yang boleh digunakan dalam proses menyucikan diri daripada najis seperti ______________, _______________, dan _______________. 

8.Najis terbahagi kepada dua iaitu najis ____________ (dapat dilihat dengan mata) dan najis _____________ ( najis pada hukumnya).

9. Najis Mukhaffafah ialah najis selain daripada najis Mutawassitah dan najis Mughallazah. Contoh najis Mukhaffafah ialah _____________, ______________, dan _______________.

10. Najis Mukhaffafah ialah air kencing bayi lelaki yang belum berusia ____________ dan belum memakan apa-apa selain daripada susu ibunya semata-mata.

Latihan

by on 7:33 PM
A-TANDAKAN  ( P ) PADA JAWAPAN YANG BETUL DAN TANDAKAN ( û ) PADA JAWAPAN YANG SALAH. 1. Najis merupakan  segala kekotoran yang me...